Followers

Sunday, October 28, 2012

AKHLAK RASULULLAH MELALUI UKHWAH


adalah agama yang sangat mesra dan suci. Ukuwah di dalam Islam amatlah dititikberatkan. sedangkan ukuwah pada zaman Rasulullah sendiri akan membuatkan kita menitiskan air mata jika dihayati sirah-sirahnya, jangankan pula pada zaman sekarang. Sesungguhnya, umat Islam itu bersaudara. Oleh itu, Baginda telah menyentuh hati umatnya dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan hubungan silaturrahim yang baik pada masa itu.

Antaranya ialah semasa peristiwa baginda dengan seorang pengemisYahudi.  Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akandipengaruhinya.

            Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

             Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah r.a menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.

Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, Baginda begitu mulia”. Lalu pengemis itu pun bersyahadat di hadapan Muhammad.

Begitulah sifat ukuwah Muhammad yang tidak berbelah bagi bukan sahaja untuk umat Islam, malah untuk kebaikan kesemua umatnya. Oleh itu, menjadi kewajipan ke atas kita sebagai umat Islam dan pengikut Muhammad untuk menjaga silaturrahim dalam pelbagai bangsa.

No comments:

4EVA ISLAM

Loading...